Thursday, November 11, 2010

Ketua Pengarah Pelajaran Baru

Abdul Ghafar Mahmud Dilantik Ketua Pengarah Pelajaran Baru

KUALA LUMPUR: Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada Ahad.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu, yang berkuat kuasa hari ini, adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Gred Utama Turus III," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Abdul Ghafar dalam bidang pendidikan, pengetahuan selain kompetensinya.
"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta komitmen beliau akan membolehkannya melaksanakan tugas seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996," kata Muhyiddin.
Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan Alimuddin sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.
Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.
Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008. - BERNAMA, Isnin November 8, 2010.

Monday, October 11, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Sabtu, 09 Oktober , 2010, SK. Dato' Mas'ud telah menjalankan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar , En. Abu Bakar b. Saad. Antara acara dan persembahan yang telah diadakan adalah kuir, mendeklamasikan sajak, bercerita, bersyair dan berpantun.

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan oleh Tuan Guru Besar
( En. Abu Bakar b. Saad )

Pengacara majlis dan sajak guru oleh Pn. Ruslina bt. asmuni

Mendeklamasikan sajak oleh Muhammad Badrul Hisham b. Rajuddin

Persembahan bercerita

Mendeklamasikan sajak


Persembahan Quir



Monday, September 20, 2010

UPSR 2010 SEMOGA BERJAYA


Semua warga SK.Dato' Mas'ud mengucapkan selamat menjawab soalan UPSR dan berjaya dengan cemerlang kepada semua murid Tahun 6 SK. Dato' Mas'ud dan murid Tahun 6 di seluruh Malaysia.

Sunday, September 19, 2010

PENGARAH PELAJARAN PERAK



Seluruh warga SK. Dato' Mas'ud mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Pengarah Pelajaran Perak .

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Seluruh warga SK. dato' Mas'ud mengucapkan selamat menyambut Hari raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat di mana saja berada.

Thursday, September 2, 2010

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' MAS'UD, KAMPUNG KEDAH, BAGAN SERAI,PERAK

Sekolah ini telah didirikan pada 01.04.1951 dengan daya usaha penduduk - penduduk kampung sendiri dengan anggaran perbelanjaan RM 1500.00 dari kemahuan penajanya yang terdiri daripada beberapa orang yang bersemangat berkehendakkan anak-anak mereka memperolehi pelajaran, diantaranya ialah :
  1. Allahyarham Hj. Ibrahim b. Saad , Jalan Kelompang ( ketua kampung )
  2. Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Yusof b. Muhammad, Jalan Kelompang
  3. Allahyarhan Idi b. Uting, Teluk seribu satu
  4. Allahyarham Hashim b. Indar , Teluk Seribu dua
  5. Allahyarham Awang b. Nazir, Sungai Putat
  6. Allahyarham Awang b. Kasim , Kampung Kedah
  7. Allahyarham Che' Tan b. Kasim, Kampung Kedah
Pada 23.09.1951 sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Inspector Of School Perak North iaitu Tuan Moisniac dan diantara yang hadir ialah :
  1. En. Guru Pelawat Bagan Serai ( Allahyarham Cikgu Lazim )
  2. En. Jamaluddin b. Harun ( Guru Besar )
  3. En Shahabuddin b. Naim ( Guru Penolong )
  4. En Khardi b. Hj. Saad ( Guru Penolong )
Beratus - ratus orang lain yang hadir adalah ibu bapa murid serta murid - urid yang akan memasuki sekolah ini. ) Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan Sekolah Melayu Kampung Kedah, Bagan Serai.)

Keadaan bangunan sekolah pada masa itu panjangnya 40 kaki dan lebarnya 30 kaki sahaja, bertiangkan kayu bakau, berdinding bertam dan beratap nipah. Pada 24.09.1951 seramai 60 orang murid diterima masuk belajar yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun.

Gambar bangunan sekolah yang mula-mula didirikan pada 01.04.1951

Pada 28.01.1952 murid sekolah ini telah bertambah menjadi 137 orang, sekolah telah menjadi sesak dan terpaksa dijalankan kelas pagi dan petang. Pada 12.02.1952 satu mesyuarat telah diadakan oleh guru Besar ( En. Jamaluddin b. Harun ) membincangkan cara-cara membuat permohonan bantuan daripada R.I.D.A ( Rural Industrial Developement Association) . Akhirnya permohonan ini telah diperkenankan dengan kerjasama daripada Allahyarham En. Mohamad Noor b. Nawi, Assistant Isnpector of School Parit Buntar dan En. Guru Pelawat Bagan Serai Allahyarham Cikgu Lazim.

Pada tahun 1953, bantuan tambahan telah diberikan oleh RIDA sebanyak RM 2500.00 dengan syarat pembinaan diuruskan oleh penduduk tempatan.Jawatankuasa telah bersetuju membina sekolah dengan mengupah tukang yang mahir dengan nilai RM 1500.00. Pungutan derma yang berjaya dikutip dari penduduk kampung hanya sebanyak RM 650.00 didermakan oleh seorang hartawan iaitu Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Mohamad sebagai wakaf bagi dirinya. Sekolah ini telah siap dibina dengan No. KP 1273.

Pada Januari 1956, sekolah ini tidak dapat menampung pertambahan murid yang semakin ramai, maka En. Mohd Nor b. Nawi ( AIS ) telah mengarahkan Guru Besar mengesyorkan mana-mana tapak sekolah yang baru di sekitar Kampung Kedah. Hasilnya tapak sekolah ini telah dibeli oleh Pejabat Pelajaran Negeri Perak pada tahun 1957 dengan harga RM 900.00 seekar dengan keluasan 5 ekar 10 pole. Sebelas tahun kemudian , pada tahun 1968 barulah kerajaan mendirikan sebuah sekolah tambahan yang hanya mengandungi 3 bilik darjah iaitu PW 881.

Pada tahun 1977, sekolah ini mengadakan sambutan perayaan sempena 25 tahun, dengan sambutan ini rasmilah pertukaran nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Dato' Mas'ud  sehingga kini. Bagaimanapun pada tahun 1979 kelas masih tidak mencukupi maka sekolah terpaksa menumpang di Madrasah Jalan Kelompang dan Madrasah Kampung Kedah sebagai bilik darjah tambahan.
Pada tahun 1980, sebuah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi 3 bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik guru dan dua buah tandas telah dibina oleh kerajaan.Pada tahu 1983 bangunan KP 1273 terpaksadirobohkan atas sebab keselamatan. Berikutan dengan itu timbul masalah kekurangan kelas. bagi mengatasi masalah tersebut maka kelas terpaksa dikecilkan dan tempat letak basikal digunakan sebagai kelas terbuka.

Pada Julai 1983, kerajaan telah membina sebuah bangunan kilat yang mengandungi 4 bilik darjah dan telah digunakan pada awal tahun 1984. Berikutan dengan itu sesi persekolahan telah ditukar kepada satu sesi sahaja, memandangkan kebanyakkan murid tinggal di kawasan yang agak pedalaman dan terpaksa menyeberangi sungai.

Pada tahun 1987 , pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 50,000.00 bagi membina bangunan 4 bilik darjah di bawah projek Gotong Royong. Bangunan ini siap dan digunakan pada bulan Ogos 1988. Beberapa bilik di bangunan JKR 881 diubahsuai menjadi bilik Kemahira Hidup ( KH ), bilik muzik dan bilik agama. Bangunan JKR 1170 menjadi Pusat Sumber Sekolah.

Pada tahun 1999, Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, meluluskan pembinaan tandas mengandungi 6 unit tandas bagi kegunaan murid-murid bernilai RM 12,740.00. Pada tahun 2000, sebuah lagi bangunan sekolah dibina yang mengandungi 2 bilik darjah dengan peruntukan sebanyak RM 41,500.00 pada awal September 2000 dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2001.

Pada tahun 2002, Kelas Prasekolah SKDM mula dibina dan beroperasi pada tahun 2003. Murid prasekolah seramai 25 orang terdiri daripada anak-anak petani, nelayan , buruh ladang dan peniaga kecil di kawasan terdekat.Kampung yang terlibat adalah Kampung Kedah, Sungai Putat, Teluk Seribu satu, Kampun Jalan Banjar, Kampung Parit Gabis dan Kelompang.


Nadi penggerak SK.Dato' Mas'ud , Bagan Serai , Perak.